• 17 Apr 2024 | 8 Syawal 1445

MB Lawat LIMA'19 Di Langkawi



Dr Ahmad Samsuri (tiga dari kiri) diberi maklumat tertentu di LIMA'19 Langkawi kelmarin.
LANGKAWI, 28 Mac - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berpeluang ke Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2019 (LIMA) kelmarin bagi melihat perkembangan teknologi terkini dunia aeroangkasa dan maritim dunia.

Menjelaskan lawatan itu di status facebooknya, beliau sangat teruja melihat teknologi terbaru termasuk teknologi `rocket propulsion', `UAV',` surveillance' dan maritim.
"Saya sangat teruja melihat perkembangan teknologi terkini, terutamanya teknologi rocket propulsion, UAV, surveillance, maritime dan sebagainya," katanya.

Dr Ahmad Samsuri (dua dari kiri) terserampak dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali (tengah) di LIMA'19 Langkawi kelmarin.
Dr Samsuri merupakan pakar dalam bidang euroangkasa berkelulusan PhD (Pencucuhan dan Pembakaran Aeroengine, Kegagalan Enjin Tinggi Altitud), Sekolah Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Leeds, UK (2001), Sarjana Sains dalam Pembakaran dan Tenaga, Pusat Pengajian Pembakaran, Universiti Leeds, UK (1996) dan BEng dalam Kejuruteraan Mekanikal dan Bahan Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia (1993).

Ketika ditemu bual mengenai bidang kepakaran beliau di Kuala Terengganu baru-baru ini, Dr Samsuri bersedia untuk menjadi pensyarah jemputan di mana-mana universiti sebagai tanggungjawab sosial dan bderkongsi pengalaman dengan masyarakat kampus.

MB (dua dari kanan) melihat senjata terkini di pameran LIMA'19 Langkawi kelmarin.
"Saya bersedia jika ada mana-mana universiti ingin mendapat khidmat saya sebagai pensyarah bidang kepakaran saya sama ada sebulan sekali atau sebagainya agar saya dapat memanfaatkan kepakaran saya kepada masyarakat kampus," jelasnya.

Tag: