• 18 Apr 2024 | 9 Syawal 1445

MB Lepas 102 Peserta Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu

Dr Ahmad Samsuri (pegang bendera) melepaskan (flagoff) peserta Kejohanan Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu di Lembah Bidong Setiu hari ini.

SETIU,  13 April - Menteri Besar,  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar melepaskan (flagoff) seramai 102 peserta Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu di Terengganu International Endurance Park Lembah Bidong di sini hari ini.
Ini termasuk 15 peserta kategori CEI Dua Bintang 120 kilometer (km), 16 peserta kategori CEI Satu Bintang 80 km, 24 peserta CEN 80 km dan 47 peserta CEN 40 km.

Tiga kategori berkenaan adalah kategori utama kejohanan tersebut.



Sementara acara sampingan ialah Kids Fun Ride 10 km,  Mini Endurance 20 km,  VIP atau Veteran Ride 20 km,  Horseback dan Fast Shooting,  Barrel Race,  Musical Chairs, Show Jumping dan Lompatan Derby.

Ini termasuk juga Futsal Padang 3 On 3 Kategori Terbuka bawah 15 tahun dan Pertandingan Mewarna Kanak-kanak 5 dan 6 Tahun.


Tag: