![]() |
| MB (tengah) bersalaman dengan orang ramai di perkaranganperkarangan Masjid An-Nur, Kampung Pulau Panjang, Jerteh Besut. |
Katanya, beliau menaiki kapal terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terus ke Kota Bharu, Kelantan untuk mempercepatkan perjalanan supaya sempat berbuka puasa di situ.
"Jika mengikut jadual asal saya terus sahaja ke sini tetapi semalam saya terpaksa terbang ke Kuala Lumpur untuk pertemuan dengan Perdana Menteri hari ini," katanya.
![]() |
| MB (kanan) menyampaikan sumbangan kepada seorang anak yatim di Masjid An-Nur Pulau Panjang, Jerteh Besut. |
Dr Ahmad Samsuri sempat menyampaikan bantuan kepada empat orang anak yatim dari 18 orang penerima sebelum waktu berbuka di masjid itu.
Di samping itu, beliau turut mengisytiharkan peruntukan penambaikan masjid itu dengan jumlah besar yang dirahsiakan.
Dr Ahmad Samsuri ketika mengimbau kembali zaman kanak-kanak menyatakan bahawa beliau pernah belajar mengaji al-Quran di sebuah bangsal khas di tepi masjid itu.
Bagaimanapun bangsal berkenaan sudah tiada dan begitu juga rumah tempat kelahiran beliau.
![]() |
| Penduduk Kampung Pulau Panjang, Jerteh berbuka puasa di perkarangan Masjid An-Nur. |
Kira-kira 300 orang penduduk kampung berkenaan hadir berbuka puasa di perkarangan masjid berkenaan.


