• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

MOU Gimzan-PPSB Wujudkan Peluang Pekerjaan Di Ajil


 
Majlis Menandatangani Servis Level Agreement (SLA).
Oleh : Khairuddin Yusoff

SERDANG, 26 Mac - Memorandum persefahaman (MOU) antara Permint Plywood Sdn. Bhd (PPSB) dan Gimzan Plywood Sdn Bhd dijangka mampu membuka peluang pekerjaan terutamanya kepada penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim berkata, kolaborasi itu merupakan satu titik mula atas dasar kepentingan untuk memenuhi hasrat rakyat yang memerlukan pekerjaan.

Jelasnya, peluang baharu yang dibawa oleh Golden Pharos Berhad (GPB) untuk masyarakat Ajil itu akan membantu penduduk di sana menjana pendapatan dengan lebih baik.

“Dengan termeterainya perjanjian ini kita mengharapkan satu turning point’ untuk melancarkan lebih ke hadapan dalam menyediakan peluang pekerjaan.
Terima kasih atas usaha GPB untuk membina satu operasi baru di kilang Gimzan dan kebetulan berhampiran dengan Ajil dan ini merupakan satu peluang pekerjaan untuk rakyat Ajil.

Ini juga merupakan satu daripada inisiatif untuk merealisasikan Manifesto PAS sebelum PRU14 bagi menyediakan 20,000 pekerjaan (dalam tempoh 4 tahun) kepada rakyat Terengganu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) pada Majlis Menandatangani Servis Level Agreement (SLA) di antara PPSB dan Gimzan Plywood Sdn Bhd di Universiti Putra Malaysia (UPM), semalam.
 
Persefahaman ini akan membuka banyak peluang pekerjaan.


Hadir sama, Pengurus Besar PPSB, Wan Mohd Suhaimi Wan Aziz, Pengarah Gimzan Plywood Sdn.Bhd, Datuk Wira Sheikh Othman Rahman dan Dato' Seri Yong Tu Sang serta kakitangan PPSB.

Sementara itu, Pegawai Eksekutif GPB, Dato' Ahmad Nadzarudin Abdul Razak yang turut hadir dalam majlis itu berkata, kerjasama dua syarikat selama satu tahun itu akan meningkatkan lagi kuantiti pengeluaran plywoood selain menjana 100 peluang pekerjaan pada peringkat awal.
.
Kita telah menandatangani satu perjanjian iaitu servis agreement di antara PPSB dan Gimzan di mana kedua-dua syarikat akan bekerjasama membuat pengeluaran venir menggunakan kapasiti yang tinggi.

Melalui kerjasama ini PPSB akan membekalkan kayu balak dan akan diproses di Gimzan untuk mengeluarkan Plywood,” katanya.


Tag: