• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

Nafuzi Percaya Kemampuan Pemain Terengganu FC

Nafuzi perbaiki aspek pertahanan pasukan. Foto - Media TFC
KUALA NERUS, 25 Jun - Jurulatih sementara Terengganu Football Club (TFC), Mohd Nafuzi Zain percaya dengan kemampuan anak-anak buahnya untuk memberikan aksi terbaik menentang Kuala Lumpur, esok.

Menanti kunjungan Skuad Ibu Kota di laman sendiri, Nafuzi yang kehilangan tonggak import Dechi Marcel N'Guessan akibat penggantungan, Ashari Samsuddin yang masih cedera serta Abdul Malik Mat Arif yang masih belum cergas, tidak mahu terlalu memikirkan masalah itu.

“Ini bukan kali pertama berlaku. Kita sering kehilangan tonggak import dan pemain tempatan utama dalam perlawanan-perlawanan sepanjang musim ini.
Sanjar hasrat ledak gol untuk bantu pasukan.
“Kita kena hadapi situasi ini dan saya percaya pemain yang ada tidak boleh terlalu memikirkan pemain yang tiada,” katanya ketika ditemui pemberita dalam sesi latihan TFC di Kompleks Sukan Gong Badak, semalam.

Nafuzi sebaliknya menegaskan, pasukannya lebih menumpukan untuk memperbaiki aspek pertahanan dalam persiapan perlawanan esok.

“Kita tahu rata-rata pemain TFC kurang dari segi fizikal dan kita cuba mempertingkatkan fokus dan keyakinan.

“Kita cuba perbaiki dan meminimumkan kesalahan dalam setiap perlawanan,” katanya.
Kehadiran Lee Tuck beri kelebihan kepada TFC.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan memanfaatkan kelab ‘feeder’, TFC II dengan memanggil pertahanan dari Ukraine, Serhii Andrieiev sekiranya diperlukan.

Ini berikutan TFC terpaksa melupakan hasrat menurunkan pertahanan import, Luis Gustavo Camilo yang tidak mendapat Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) daripada FIFA.

“Semuanya bergantung keadaan semasa. Buat masa ini, Thierry Chanta Bin yang mengisi posisi pertahanan selesa dengan peranan barunya.

“Beliau juga beraksi dengan baik dalam perlawanan menentang Perak tempoh hari,” katanya.



Tag: