lightning-solid
Berita :
Objek Hitam Terdampar Di Pantai Kemaman
Objek Hitam Terdampar Di Pantai Kemaman
Ahmad Zaeem Zainudin
1 hari yang lepas
238

KUALA TERENGGANU, 12 Januari - Kerajaan Negeri  memandang serius berikutan insiden pendamparan objek hitam menyerupai arang batu di persisiran Pantai Teluk Kalong, Kemaman.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti Dan Pembangunan Luar Bandar, Dato' Hanafiah Mat telah menjalankan tinjauan di kawasan terlibat selepas menerima aduan daripada penduduk setempat ekoran isu terbabit.

613928402_1463297915366787_59127344200680689_n.jpg 349.96 KB
"Hari ini 'ambe' (saya) turun sendiri ke lokasi bersama pihak Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) bagi meninjau keadaan sebenar di kawasan terlibat.

"Didapati terdapat bahan berwarna hitam yang terdampar di sepanjang pesisir pantai, dipercayai berpunca daripada tongkang yang hanyut dan melanggar batu di kawasan tersebut," katanya.

Sehubungan itu, beliau memohon kepada pihak berkuasa agar siasatan dilakukan bagi membendung pencemaran di salah satu kawasan rekreasi ikonik di daerah tersebut daripada terus berlarutan.

"Ambe mohon pihak Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk menjalankan siasatan segera serta mengambil tindakan pemulihan agar keadaan pantai dapat kembali seperti sediakala," tambahnya.

Beliau berkata demikian menerusi sebuah hantaran melalui media sosial Facebook rasminya, semalam, dengan harapan masalah itu dapat diselesaikan segera.

615235118_1463297845366794_873056492129350156_n.jpg 128.75 KB
"Semoga segala urusan dipermudahkan dan Pantai Teluk Kalong kembali bersih seperti dahulu," ujarnya lagi.

Menurut Sinar Harian, JAS telah mengambil maklum terhadap isu berkenaan termasuk melakukan kerja pembersihan pantai yang terkesan di samping membuat pemantauan berterusan bagi menjamin keselamatan pengunjung.

Pantai Telaga Simpul dan Pantai Senajang merupakan antara dua lokasi lain yang turut terkesan dengan pencemaran tersebut.

Perkara ini telah disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Razali Idris seperti dilaporkan oleh Sinar Harian, sebentar tadi.

615469760_1180041874309251_4293628265416901450_n.jpg 572.95 KB



Artikel Berkaitan