• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Pam Air Pulau Bahagia Berjaya Diaktifkan

KUALA TERENGGANU, 6 September - Pam air di muka sauk, Pulau Bahagia ke Loji Baru Bukit Berapit telah berjaya diaktifkan pada petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, air telah mula mengalir sekitar pukul 7.00 petang.
 

"Air yang dipam ini akan dialirkan terus dan akan tiba ke Loji Baru Bukit Berapit dalam masa 12 jam. 

"Air ini merupakan air mentah yang belum dirawat,” jelasnya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika lawatan ke Loji Air Pulau Bahagia, semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti  & Teknologi Hijau, Ir Saiful Azmi.

Tambahnya, setelah air mentah daripada muka sauk Pulau Bahagia tiba ke Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Berapit, proses untuk menstabilkan setiap peringkat rawatan air dilakukan bagi menghasilkan air terawat dan selamat digunakan sebelum dapat disalurkan kepada pengguna.

Sementara itu, Dr Mamad berkata, pemasangan paip baru dijangka siap pada 12 September ini dan diharap proses pembaikan lancar sekali gus menyelesaikan krisis air di Kuala Nerus dan sebahagian Kuala Terengganu yang berlaku pada 2 Ogos dan 23 Ogos lalu,


Tag: