• 28 Apr 2024 | 19 Syawal 1445

Paya Bunga Hotel & Duyong Marina Resort Agih Bubur Lambuk Sambut Kepulangan Perantau






KUALA NERUS, 3 Jun - Paya Bunga (PB) Hotel  dan Duyong Marina Resort (DMR)Terengganu bekerjasama menyambut kepulangan anak perantau dengan mengagihkan 1,000 bekas bubur lambuk, semalam.

Program yang dijalankan di Plaza Tol Gemuruh itu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada anak Terengganu yang pulang ke kampung halaman masing-masing.

Edaran bubur itu diketuai oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang juga Pengerusi PB Hotel Management dan Lembaga Pengarah DMR Terengganu.

Secara tidak langsung, sedikit sebanyak ia mampu mengubat keletihan memandu jauh dari kota raya dan pelbagai negeri seluruh negara.



Turut hadir, Pengurus Besar PB Hotel, Abdul Hadi Alias, Pemangku Pengurus Besar DMR Terengganu, Sham Fadzli Yusof, serta warga kerja PB Hotel dan DMR Terengganu.

Plaza tol berkenaan menjadi pilihan penganjur kerana ia menjadi laluan utama anak Terengganu sempena cuti aidilfitri.

Program yang kali pertama diadakan itu bermula pukul 3.00 petang dan berakhir pada 4.00 petang.



Tag: