• 28 Apr 2024 | 19 Syawal 1445

Pelumba TSG Cipta Kejuaraan Di Singapura




KUALA TERENGGANU, 7 Julai - Pelumba Terengganu Inc Cycling Team (TSG), Goh Choon Huat muncul juara dalam kejohanan OCBC Cycle National Road Championship (Men’s Elite) yang berakhir hari ini.

Choon Huat cemerlang meninggalkan pelumba Matador Racing, Thomas Thrall serta pelumba Cycling Training.CC, Boon Kiak Yeo yang masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.

Pelumba TSG itu mengumpul masa sebanyak tiga jam empat saat untuk jauh meninggalkan Thomas dan Kiak Yeo sekaligus mengesahkan kejuaraan menjadi miliknya.

Sementara itu, seorang lagi pelumba TSG, Mohd Zamri Saleh pula turut cemerlang apabila berada di kedudukan keenam daripada 37 peserta yang bertanding.

Zamri terpaksa berpuas hati dengan kedudukan tersebut apabila ketinggalan enam minit 38 saat di belakang Choon Huat.

Dalam perlumbaan tersebut, peserta disyaratkan menggunakan jalan menghala ke Kepulauan Bintang di Tanjung Pinang yang melalui dua litar jalan raya.

Setiap peserta diiringi oleh pegawai pertandingan sejauh 10 kilometer sebelum perlumbaan sebenar bermula di Dampak.




Tag: