• 23 Okt 2021 | 16 Rabiul Awal 1443

Pemandu Bas, Teksi Dan Kereta Sewa Terima 'One-Off' RM500

PUTRAJAYA, 31 Mei - Kerajaan memperuntukan RM67 juta untuk bantuan khas secara one-off sebanyak RM500 kepada 17,000 pemandu pelancong, 40,000 pemandu teksi, 11,000 pemandu bas sekolah, 4,000 bas persiaran dan 62,000 pemandu kereta sewa dan e-hailing. 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, insentif itu akan disalurkan kepada penerima yang berdaftar pada bulan Julai.

"Bantuan ini akan disalurkan kepada penerima berdaftar yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh pada bulan Julai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa+) hari ini.

Sementara itu, beliau berkata Geran Khas Prihatin (GKP) akan ditambah kepada RM1,500.

"Ini bermakna, hampir satu juta PKS dan perusahaan mikro akan menerima RM1,000 pada pertengahan Jun dan RM500 lagi akan disalurkan pada bulan Julai ini," ujarnya.


Tag: