• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Pemuda Batu Rakit Anjur 'Jom Singgah Sahur'

SETIU, 1 April –Pemuda Batu Rakit telah menganjurkan program “ Jom Singgah Sahur” membabitkan Madrasah Al Mannar di Kampung Pecah Rotan, di sini semalam.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Dun Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata,  pengagihan dan pemilihan lokasi berkenaan dikelolakan oleh Pemuda Batu Rakit bagi memastikan ia berjalan lancar dan mencapai matlamat.

Katanya, penyerahan makanan sahur itu sebagai tanda ingat-ingatan pihaknya kepada Madrasah Al Mannar.

“Kunjungan kami sebenarnya bukan sekadar membawa makanan sahaja dan turut berharap ini mampu menceriakan mereka," ujarnya.

Shafizi berkata demikian kepada TRDI ketika ditemui di "Jom Singgah Sahur" Pemuda PAS Batu Rakit semalam.

Tambahnya, program berkenaan  ini tidak diketahui anak-anak tahfiz tersebut datang secara mengejut dan sama-sama mengejutkan anak-anak pelajar tersebut untuk menerima juadah bersahur.

"Hening pagi terasa indah apabila melihat senyum tawa seramai 20 orang anak-anak tahfiz apabila melihat kehadiran kami membawa makanan untuk mereka,"katanya lagi.


Tag: