• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Pencari Kerja Layak Terima Tiga Kali Insentif

MARANG, 28 Februari -Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah memanjangkan tempoh elaun mencari kerja kepada tiga bulan berbanding dua bulan sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro & Hal Ehwal Pengguna Negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, pencari kerja layak untuk menerima elaun sehingga RM900 pada tahun ini.

"Ini bermakna jika gagal pada kali pertama, peserta akan masih diberi elaun mencari kerja untuk kali kedua dan kali ketiga jika masih gagal buat kali kedua, menjadikan keseluruhannya peserta akan layak menerima sehingga RM900.

" Setakat hari ini, daripada senarai yang hadir ditemuduga seramai 122 orang, 45 orang telah menerima pekerjaan, KIV disebelah peserta sendiri seramai 66 orang, dan yang ditolak seramai 11 orang iaitu kurang dari 10 peratus," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir ke Program Outreach Kesejahteraan Pekerjaan Rakyat Terengganu di Dewan Utama Majlis Daerah Marang, semalam.

Tambah beliau, lebih menarik pihak kerajaan juga memberi satu elaun khas kepada syarikat yang mengambil pekerja tempatan atas kuota pekerja asing sebanyak 20 sehingga 30 peratus daripada gaji minimanya selama setahun dan dibayar pada tempoh dua bulan sekali.

"Penghargaan terima kasih diucapkan kepada Syarikat Hartalega yang bersetuju memberi komitmen kepada kita untuk memberi balik elaun kuota pekerja asing itu kepada pekerja tempatan khususnya dari Terengganu.

Menurut beliau, peluang pekerjaan yang ditawarkan adalah sebanyak 2403 kekesongan, walaupun suasana hujan, tetapi kehadiran peserta dan pencari kerja masih memberansangkan.

"Kita disertai oleh lima syarikat iaitu empat dari luar dan satu dari dalam Terengganu seperti seperti Samsung, Golden Pharos Glass Sdn Bhd, Hartalega, MyBrush Group dan APTIV Malaysia Sdn Bhd yang menawarkan pelbagai sektor pekerjaan.

"Ini menujukkan satu proses yang baik, kerana dalam keadaan hujan lebat, terlibat dalam masalah banjir, bencana dan sebagainya. Ianya masih dapat membantu serta memberikan manfaat kepada penganggur, pencari kerja, dan lepasan graduasi.

"Program ini juga adalah hasil kerjasama daripada Pusat Pembangunan Sumber Manusia Terengganu (THRDC) dan PERKESO yang juga merupakan Sekretariat Urusetia Pekerjaan Negeri Terengganu (UPNT) dalam usaha mewujudkan peluang pekerjaan dan mengurangkan pengganguran di Terengganu," jelasnya.

 


Tag: