• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Pencen Rakyat: Berita Gembira buat 653 Penerima Warga Emas

Oleh: Anis Nurhanan
 

HULU TERENGGANU, 17 Februari – Seramai 653 orang warga emas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang telah menerima bantuan Pencen Rakyat yang merupakan salah satu manifesto PAS Terengganu yang telah dijanjikan pada PRU-14 yang lalu.

Manifesto tersebut memfokuskan warga emas yang berumur lebih 60 tahun yang sudah bersara dan tidak menerima sebarang bantuan daripada Kerajaan Negeri atau Persekutuan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, Dr Mamad Puteh memaklumkan bahawa seramai 19,230 warga emas di Terengganu telah terpilih mengikut kelayakan yang telah diperuntukkan bagi seluruh Terengganu. 

“Kerajaan negeri telah menetapkan mereka yang layak akan menerima sebanyak RM600 setahun.

“Sebagai wakil rakyat Dun Kuala Berang, sudah tentu saya gembira dengan kejayaan salah satu Manifesto PAS Terengganu yang berjaya dilaksanakan. 

“Harapan saya supaya semua penerima memanfaatkan sebaiknya Pencen Rakyat ini dan menjaga kesihatan diri dengan baik kerana warga emas merupakan aset penting yang amat bernilai,” ujar beliau ketika memberi ucapan perasmian di Majlis Penyerahan Pencen Rakya di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu. 

 


Tag: