• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Pendakwah Perlu Bijak Terokai Dunia Media Baru

KUALA TERENGGANU, 21 Ogos - Kursus Pembangunan Daie Profesional : Kemahiran Penulisan Dakwah Kreatif dan Berimpak Tinggi Bersama Daie berjaya membuka mata para daie untuk lebih semangat dan bijak berkarya melalui perkongsian ilmu, tips and tricks.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan  dan Alam Sekitar negeri, Ahmad Shah Muhamed berkata, ruang-ruang dakwah di platform media baru perlu diterokai dengan lebih bijaksana dalam meningkatkan daya saing para pendakwah di negeri ini.

“Kita kadang-kadang bila datang sesuatu benda baru kita akan bersikap janggal dan tidak mengambil kesempatan dalam menyampaikan risalah dakwah melalui pendekatan yang kena dengan jiwa dan kehendak masyarakat kini.

“Kerajaan Terengganu amat menyambut baik penganjuran pada kali ini yang sememangnya menumpukan hala tuju untuk melahirkan rakyat yang beragama. Jadi kerja-kerja ini bukan suatu yang mudah dan memerlukan petugas atau tulang belakang yang mempunyai kemahiran dakwah kreatif yang jitu khususnya di platform media sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis perasmian kursus yang dianjurkan Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) itu di Primula Beach Hotel.

“Warnakanlah dunia Darul Iman dengan keindahan dakwah melalui karya penulisan, sesungguhnya mata pena itu lebih tajam dari mata pedang, dengan tulisan mampu menyuntik hati dan jiwa manusia,” katanya di hadapan peserta kursus yang dihadiri hampir 200 orang.


Tag: