• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Pengamal Media Perlu Jujur Dan Amanah

Oleh : Siti Nor Hajar Abdullah @ Harun

KUALA TERENGGANU, 14 April - Pengamal media di negeri ini disaran untuk jujur dan amanah ketika melaporkan sesuatu isu yang berlaku. 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, agensi berita perlu mengelakkan daripada melakukan tindakan yang menjurus kepada penipuan fakta. 

“Golongan ini seharusnya bersikap jujur dan amanah dalam menyampaikan maklumat tepat dan penjelasan yang terang kepada rakyat.

"Ini penting supaya rakyat mengetahui fakta sebenar dan boleh membezakan antara yang baik dan buruk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Media terengganu di Duyung Marina resort kelmarin.

Turut hadir, Yang Dipertua dewan undangan negeri (DUN), Dato’ Yahaya Ali dan Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri (MMKN).

Kata Mohd Nor lagi, pihaknya sentiasa mengambil cakna peranan dan pentingnya pihak media dalam memastikan segala info maklumat, penerangan berkaitan kerajaan negeri disebarkan serta sampai kepada rakyat. 

Malah katanya, usaha dan inisiatif turut diperuntukkan bagi memastikan segala usaha penyampaian info maklumat ini berjalan lancar dan dipermudahkan.

"Kerajaan negeri sememangnya mengiktiraf media sebagai rakan strategik kerajaan. 

"Malah lebih tepat lagi rakan strategik jangka masa panjang, dan hubung jalin antara kerajaan dan media dikuatkan lagi dengan program-program seperti yang dianjurkan pada hari ini," ujar beliau.


Tag: