• 07 Okt 2024 | 04 Rabiul Akhir 1446

Peniaga Terima Baik Kadar Baharu Sewa

Oleh: Fatimah Din 

MARANG, 1 Oktober - Rata-rata para peniaga di pasar di selian bawah Majlis Daerah Marang (MDM) menyambut baik kadar sewa baharu yang dikuatkuasakan.

Seorang peniaga sayur, Rohiyah Mamat berkata dia tidak membantah namun berharap kadar baharu RM100 dapat dikurangkan. 

"Barang sekarang semua mahal, jadi mohon budi bicara pihak Majlis Daerah Marang untuk kurangkan sedikit harga sewa," katanya yang telah 20 tahun menyewa di tapak Pasar Marang Wakaf Tapai. 

Dia berkata demikian dalam tinjauan  Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) Daerah Marang bersama Pegawai Pejabat Majlis Daerah Marang baru-baru ini.

Sementara itu, Siti Norsiha Mat Jusoh, turut meluahkan rasa bagi mewakili para peniaga."Kami boleh terima kenaikan harga sewa, namun begitulah harga sekarang semua barang mahal, jadi harapnya kurangkan sedikit harga sewa tu," katanya yang telah menyewa 5 tahun di tapak tersebut.


Tag: