• 18 Apr 2024 | 9 Syawal 1445

Penjawat Awam Perlu ‘Work Smart’, Tingkatkan Kualiti Kerja


Dato’ A. Rahman Yahya

KUALA TERENGGANU, 20 Februari - Kakitangan awam diingatkan supaya ‘work smart’  untuk meningkatkan kecekapan pencapaian bagi memastikan perkhidmatan awam terus relevan dan unggul.

Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, berkata sebagai kakitangan awam, setiap orang perlu ada perubahan supaya penguasaan kerja lebih cekap dan mencapai sasaran sebenar.

“Jaga amanah, jaga intergriti dan ikut undang-undang yang ada serta kaji balik prosedur operasi standard (SOP) untuk dinilai semula supaya apa yang kita buat bersesuaian dengannya. Jangan sesekali bersikap ‘Yes mem’ kerana sikap berkenaan menyebabkan penjawat awam tidak ada pembaharuan dalam memberi khidmat kepada rakyat.

“Bersama-sama kita tingkatkannya sebagai penjawat awam dan bekerja secara ‘work smart’ supaya hasilnya memberangsangkan,” katanya  ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bulanan Wisma Darul Iman (WDI), di Dewan Besar WDI, di sini, hari ini.




Katanya lagi, setiap kakitangan perlu berfikir ke hadapan (think beyond) dan melakukan kerja dengan penuh intergriti dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Sementara itu, A. Rahman juga berkata, penjawat awam perlu bekerja dengan bersungguh-sungguh di samping mengambil berat mengenai kesihatan supaya ianya seimbang.

“Penjawat awam juga perlu tahu untuk mencari masa bagi melepaskan stress. Bekerja sunggguh-sungguh, beriadah bersungguh-sungguh tetapi jangan pula lakukannya di waktu kerja,"katanya.

Tag: