• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

Penyokong Beraya Di Stadium, Rai Kemenangan Terengganu FC

Kek 'Durian' turut jadi sajian jamuan raya di stadium.
KUALA TERENGGANU, 27 Jun - Hadir menyaksikan pasukan kesayangan dalam suasana hari raya, penyokong Terengganu Football Club (TFC) memiliki cara tersendiri untuk meraikannya.

Sebahagian penyokong Sang Penyu hadir ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) malam tadi dengan persalinan lengkap Melayu.

Lebih menarik, mereka turut mengadakan jamuan hari raya di waktu rehat separuh masa serta mengagihkannya kepada penyokong dan pengamal media yang hadir.

Persembahan pasukan tambah seri hari raya penyokong.
Keraian tersebut juga diserikan dengan kemenangan TFC ke atas Kuala Lumpur dengan skor 3-1.

Gol-gol TFC diperolehi menerusi tendangan Lee Andrew Tuck, Mohamad Mohd Faudzi dan Abdul Malik Mat Arif.

Beraksi di laman sendiri, TFC mengekalkan kedudukan di tangga ketujuh liga dengan 23 mata.


Tag: