• 28 Apr 2024 | 19 Syawal 1445

Perantau Perlu Satukan Roh Islam



Oleh : Muhd Afiq Zohir

BESUT, 3 Jun - Para perantau perlu menyatukan roh Islam dalam diri masing-masing bagi menghadapi pelbagai ancaman yang datang daripada segenap penjuru.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, perkara itu penting demi menjamin masa depan agama dan negara yang lebih baik.

Jelasnya, kebolehan dan kebijaksanaan perantau dalam menilai isu berkenaan mampu untuk mengubah suasana politik Malaysia sekarang.

“Buat masa sekarang kita dapat lihat bahawa agama islam sangat terancam di era kerajaan baharu.

“Oleh itu, kita semua perlu untuk menyatukan para umat islam agar ajaran suci ini akan terus kekal dan tidak diperlekehkan oleh mana-mana pihak,” ujarnya.



Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Santai Perantau, di Dewan Terbuka Gong Kemuntong, di sini semalam.

Turut hadir, Pegawai Penyelaras Parlimen Besut,  Riduan Mohd Noor, Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi SallehPengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jawek, Shamsul Bahri Mansor, Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Hulu Besut, Mat Daik Mohammad.

Program berkenaan diadakan bertujuan untuk menghimpunkan anak jati Besut yang merantau di luar negeri, seramai 100 perantau hadir bagi menjayakan program tersebut.



Tag: