• 29 Apr 2024 | 20 Syawal 1445

Persiapan SUKMA 2020 Bermula Dari Sekarang

Kerajaan Negeri Terengganu akan terus bantu atlet sukan SUKMA. - Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah
KUALA TERENGGANU –  Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, persiapan Kontinjen Terengganu untuk hadapi Sukan Malaysia (SUKMA)  ke 20 di Johor,  bermula dari sekarang.

Katanya, ini termasuk menjadikan aktiviti sukan itu sebagai rutin harian dan gaya hidup baharu, rakyat negeri Terengganu.

“Kita akan berusaha  bermula daripada sekarang dan sukan ini akan dijadikan sebagai rutin harian serta gaya hidup baharu kepada seluruh rakyat negeri Terengganu.

“Perkara ini dilakukan supaya rakyat negeri Terengganu kekal  menjadi rakyat yang sihat dan mempunyai kekuatan tubuh badan  serta  mempunyai akal yang sejahtera,” katanya.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu berkata demikian ketika dihubungi pihak media, di sini, semalam  23 September.

Wan Sukairi berharap, dengan cara itu Terengganu sentiasa mempunyai barisan atlet  yang hebat, bukan sahaja  di  peringkat negeri dan nasional bahkan  di peringkat antarabangsa.

Di samping itu katanya,  Kerajaan Negeri akan terus membantu para atlet  SUKMA dengan memberi sokongan dan galakan dalam pelbagai cara serta tidak akan mengabaikan  kebajikan mereka. 

"Tahniah kerana mereka telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam SUKMA edisi lalu dan prestasi itu perlu dipertahankan bahkan perlu dipertingkatkan lagi, " ujarnya.

Tag: