• 14 Mei 2024 | 6 Zulkaedah 1445

Pertandingan Memancing Ikan Darat Rapatkan Ukhuwah Penduduk Kuala Besut

Azbi Salleh (tengah) bersama peserta memancing.
Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 28 April - Pertandingan memancing ikan darat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut berjaya mengeratkan hubungan sesama penduduk di kawasan berkenaan.

Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh berkata, program tersebut berjaya mengumpulkan ramai penduduk daripada pelbagai lapisan umur.

Jelasnya, ia secara tidak langsung berperanan menjalinkan kasih dengan lebih erat antara penduduk kampung itu. 

“Program sebegini dapat mengumpulkan penduduk kampung sekali gus dapat mengeratkan lagi hubungan sesama masyarakat.

Saya berharap program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.


Saya amat menyokong dan akan turut membantu bagi meneruskan program-program sebegini demi menjadikan masyarakat DUN Kuala Besut lebih sejahtera,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penutup Pertandingan tersebut di Kampung Pusu Tinggi, di sini semalam.

Turut hadir ialah Penghulu Mukim Bukit Puteri, Mohd Hatta dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pusu Tinggi, Abdullah Ismail.

Program tersebut telah disertai oleh 300 orang peserta yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat.

Pertandingan itu dianjurkan oleh belia MPKK Kampung Pusu Tinggi dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Kuala Besut.




Tag: