• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Peruntukan RM64 ribu untuk Kelab Warga Emas

KUALA TERENGGANU, 12 April – Kerajaan negeri memperuntuk RM64 ribu  kepada 32 Kelab Warga Emas Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu ( YPKT) di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi tahun 2023.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat berkata, bantuan sebanyak RM2,000 untuk pengurusan kelab di peringkat DUN dan menggerakkan perancangan sebagaimana yang telah digariskan dengan lebih efektif.

“Saya harapkan pengerusi dan ahli jawatankuasa kelab dapat bergerak bersama merancang agar aktiviti kelab dapat dijalankan seterusnya memberi faedah kepada komuniti kearah kebaikan di peringkat bawahan,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Pengurusan Kelab Warga Emas YPKT Tahun 2023 di Dewan Utama YPKT di sini hari ini.

Hanafiah juga berkata, dengan adanya kelab di bawah YPKT, pengurusan dan bimbingan serta penyelarasan dapat dilaksanakan dengan teratur.

“”Peranan Kelab Warga Emas ini sudah tentu dapat memberi impak kearah penyampaian perkhidmatan kepada komuniti dan kumpulan sasar sebaiknya,” ujar beliau.