• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Pesaka Optimis Tingkatkan 70 Peratus Pulangan



 Oleh : Adli Mohamad.

DUNGUN, 19 Mac- Pesaka Terengganu Berhad (PTB) yang merupakan anak syarikat kerajaan Negeri Terengganu optimis mahu meningkatkan peratus pulangan sebanyak 70 peratus bagi mengukuhkan prestasi.

Ahli Lembaga Pengarah PTB, Ghazali Sulaiman berkata dalam memastikan hasrat itu dapat dicapai satu kunjungan berkala telah diadakan.

"Tujuan tinjauan ini adalah melihat sendiri operasi di kilang ini dan berjumpa dengan pihak pengurusan bagi sama-sama memikirkan jalan untuk meningkatkan peratus pulangan (recovery ratio).

" Diantara perkara yang dicadangkan ialah  mengubah kadar baru.Alhamdulillah, saya lihat kaedah-kaedah yang kita tetapkan telah dilaksanakan dan tidak berlaku pembaziran dimana kayu yang dibuang merupakan benar-benar kayu 'reja' yang mana ia tidak boleh dipakai lagi, "ujarnya.


 Beliau  yang juga merupakan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, berkata demikian kepada  pihak media ketika meninjau kilang berkenaan,baru-baru ini.

Menurutnya lagi, ahli lembaga perlu seiring dengan pihak pengurusan supaya harapan yang dibina dapat digapai bersama.

" Kalau berlaku sebarang masalah, kita di peringkat Lembaga Pengarah akan turun meninjau kerana kita tidak mahu hanya sekadar dilantik jadi ahli lembaga sahaja tapi tak buat apa-apa.

" Jadi perlu dipastikan ahli lembaga pengarah terdiri dari mereka yang berilmu dan melengkapkan diri dengan pengetahuan tentang banyak perkara, "tegasnya.


Tag: