• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Pewaris Ambil Berkat Ramadan Agih Sumbangan Untuk Asnaf


Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN, 21 Mei- Mengambil keberkatan dan kemuliaan Ramadan ini,  Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris) mengagihkan sumbangan kepada 30 orang asnaf di Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Bukit Besi, di sini.

Penasihat Pewaris Kawasan Pantai Timur, Mazlan Abdullah berkata, program anjuran bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Setia Bakti, AMBS sebagai berkongsi rezeki dan kegembiraan dengan golongan kurang bernasib bai.

"Kita amat mengharapkan agar kerajaan negeri memberi ruang dan peluang kepada pertubuhan ini untuk sama-sama memberi manfaat kepada masyarakat serta mengubah minda bahawa pertubuhan ini  juga mementingkan aktiviti kemasyarakatan.

" Khidmat kita bukan hanya di bulan Ramadan sahaja, bahkan pada bulan yang lain dengan membersihkan kubur, masjid dan segala perkara yang mendatangkan kebaikan bersama," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada Majlis Berbuka Puasa dan Sumabangan kepada Asnaf berkenaan, di Balairaya Taman Setia Bakti, baru-baru ini.


Turut hadir, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman.

Sementara itu, Ghazali pula mengucapkan terima kasih atas sumbangan berkenaan dan amat menghargai pihak yang menjayakannya program itu.

" Kita berharap hubungan  dengan Pewaris akan diteruskan sampai bila-bila dan amat mengalu-alukan kesudian pertubuhan ini berbuka puasa dengan 150 orang tetamu serta menyampikan sumbangan Sumbangan berupa minyak, gula dan juga beras kepada 30 orang asnaf. Semoga membawa keberkatan dalam bulan yang penuh kemuliaan ini," kata beliau.


Tag: