• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

PKAPKN Sedia Bantu Pusat Ilmu


Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA NERUS, 21 Mei - Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN) sedia membantu pusat-pusat pengajian agama di Kuala Nerus dari pelbagai sudut termasuk kewangan dan prasarana.

Ini bertujuan membantu mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh pusat-pusat ilmu tersebut.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, mana-mana pusat ilmu termasuk madrasah dan pondok yang memerlukan sebarang bantuan daripada sudut kewangan dan sebagainya boleh berjumpa dengan pegawai-pegawai Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN).

“Insya-Allah, kami akan sedia membantu semampu mungkin agar pusat-pusat ilmu ini terus subur menyebarkan risalah Islam kepada masyarakat Kuala Nerus," ujar beliau.

Beliau berkata demikian pada Majlis  Iftar Perdana Ahli Parlimen Kuala Nerus bersama Asatizah dan Ulama Kuala Nerus di Marina Duyong & Resort, di sini baru-baru ini.

Program itu berjaya menghimpunkan seluruh ulama dan asatizah daerah itu bagi meraikan entiti penting masyarakat di daerah tersebut sempena Ramadan.

Turut hadir, Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu, Ustaz Ismail Osman, Ketua Urusan Ulama PAS Kawasan Kuala Nerus, Ustaz Muzaihar Kamal Mustapha Kamal dan para tetamu jemputan lain.

Program itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara PKAPKN dengan golongan tersebut.


Tag: