• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

PKM Batu Rakit Zahir Penghargaan Sempena Hari Polis ke-215

SETIU, 27 Mac- Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Rakit menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga dan pesara Polis DiRaja Malaysia (PDRM) atas pengorbanan yang dicurahkan tanpa mengira penat lelah, masa dan situasi. 

Pegawai Penyelaras DUN, Mohd Shafizi Ismail turut merakamkan penghargaan tersebut sempena menyambut Hari Polis ke-215 kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), termasuk veteran dan pesara.

“Kami mewakili seluruh penduduk Batu Rakit mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga PDRM atas khidmat bakti dan jasa yang dicurahkan dalam memikul amanah dan tanggungjawab memelihara keamanan negara dan rakyat Malaysia, khususnya di Batu Rakit ini.

"Anggota polis adalah salah satu kakitangan barisan hadapan yang sentiasa menjaga keamanan dan keselamatan negara dalam apa juga sekali ancaman.

"Jasa dan pengorbanan anggota polis tidak ada nilainya. Merekalah yang sentiasa membenteras segala jenayah hari demi hari dan siap siaga sentiasa," katanya.

Beliau juga menyeru masyarakat supaya sama-sama berganding bahu dalam membantu pihak polis memerangi segala ancaman, musibah demi keamanan dan kesejahteraan hidup bersama dengan lebih harmoni.

 


Tag: