lightning-solid
Berita :
Raikan Warga Tionghua Sempena Tahun Baharu Cina
Raikan Warga Tionghua Sempena Tahun Baharu Cina
Pok Abbas
01 Feb 22
319

KUALA TERENGGANU, 2 Februari - Warga Tionghua di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang diraikan sempena Sambutan Tahun Baharu Cina yang kini disambut secara bersemuka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar berkata sekotak limau mandarin juga diberikan sebagai tanda ingatan dan kasih mesra. 

"Kita menyantuni masyarakat Tionghua di Batas Baru, Bukit Kecil, Gong Kapas dan Masjid Raja sempena perayaan Tahun Baru Cina, 

​​​​"Terlihat raut ceria di wajah mereka apabila menerima kunjungan kami di pintu-pintu rumah mereka," katanya. 

Beliau ditemui selepas berkenaan di sini semalam. 

"Semoga tahun baru yang mendatang ini menyemarakkan lagi semangat perpaduan di kalangan kita semua," katanya lagi.


Tag :

Artikel Berkaitan