• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Raja Muda Berkenan Sempurnakan Majlis Pelancaran Dana Sumbangan YPM

KUALA TERENGGANU, 29 Mei - Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan pelancaran dana sumbangan pendidikan Yayasan Pendidikan Maidam (YPM) di Primula Beach Hotel, hari ini.

Baginda diiringi Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Setiausaha Kerajaan Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Rozali Salleh; Yang Dipertua Maidam, Dato' Shaikh Harun Shaikh Ismail.

Turut mengiringi baginda, Mufti Terengganu, Dato’ Dr. Mohamad Sabri Haron; Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pendidikan Maidam, Dato’ Wan Ismail Wan Yusoh serta Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Dr Ahmad Azrin Adnan.

Pada majlis itu, baginda bertitah dan seterusnya berkenan menyempurnakan perasmian.

Tengku Muhammad Ismail turut berkenan menyampaikan dana sumbangan pendidikan YPM kepada para penerima.

Program dana sumbangan pendidikan YPM merupakan ruang untuk masyarakat bersama-sama menghulur tangan dalam pembangunan pendidikan khususnya di negeri ini bagi memastikan semua mempunyai peluang untuk mendapat pendidikan sempurna dan tiada yang tercicir dalam pelajaran.