• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Rakyat Berkebajikan Jayakan Matlamat Maju, Berkat Dan Sejahtera

Muhyidin Abdul Rashid.
Oleh: Muhammad Najib Ismail

HULU TERENGGANU, 21 Mei - Slogan Maju, Berkat dan Sejahtera yang menjadi matlamat kerajaan negeri harus digerakkan oleh semua peringkat.

Penyelaras Parlimen Hulu Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid berkata, konsep yang ingin dibawa itu mengajak semua pihak termasuklah rakyat untuk berlumba-lumba dalam membuat kebajikan dan mengerjakan kebaikan.

"Semua pihak perlulah berlumba-lumba membuat kebajikan supaya menjadi saham di akhirat kelak. Kita ingin menjadikan negeri Terengganu ini sebagai negeri ‘role model’ kepada negeri lain dalam konsep negeri berkebajikan meliputi kerajaan dan rakyatnya.

"Tambahan pula, dalam bulan Ramadan yang mulia ini, amalan bersedekah amat digalakkan kerana fadhilat pahalanya yang berlipat ganda daripada bulan-bulan lain," katanya ketika berucap dalam Majlis Iftar Dana Pendidikan di Laila Restoran, baru-baru ini.

Majlis tersebut dianjurkan Pertubuhan Kebajikan Sahabat Sejahtera Hulu Terengganu bagi mengumpul sumbangan wakaf untuk menyiapkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Lubuk Pait Fisabilillah.


Turut hadir dalam majlis itu ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dr. Mamad Puteh dan imam jemputan solat tarawih Madinah Ramadan, Syeikh Mustafa Kamil Rifaei.

Menurut pengarah projek, Mohd Harun Esa, projek berkenaan memerlukan dana sebanyak RM26,000 dalam kadar segera kerana bangunan tersebut mengalami kerosakan akibat mendapan tanah.

Tambahnya lagi, bagi sebarang pertanyaan boleh  terus dengan beliau di talian 013 932 0229 (Harun Esa). Sumbangan orang ramai amatlah dialu-alukan dan boleh disalurkan melalui Akaun Maybank 5630 3706 5707 (PER KEBAJIKAN SAHABAT SEJAHTERA HTRG)

Tag: