• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Ramli Terima Kerusi Roda Dari Ahli Parlimen



Oleh: Syed Kamal

KUALA TERENGGANU, 22 Mei- Penderitaan Ramli Umat, 74, yang menderita angin ahmar sejak sebulan lalu mendapat perhatian Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim  dengan menyumbangkan sebuah kerusi roda untuk kegunaannya.

Ramli yang juga penghidap penyakit kencing manis sejak 25 tahun lalu melahirkan  rasa terharu dan terima kasih kepada Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) Dun Ladang dan pihak Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Terengganu kerana kesudian menziarahi dan memberi sebuah kerusi roda untuk memudahkan pergerakan menjelang Aidilfitri ini.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua kerana sudi mari menziarahi saya hari ini.

“Sebelum ini saya tidak mempunyai kerusi roda, Alhamdulillah di bulan yang mulia ini,  Allah SWT menghantar rezeki kepada saya

Dia berkata demikian selepas menerima kerusi roda baru yang diserahkan oleh Ahmad Amzad Hashim, Penyelia i-MITS Dun Ladang, Mohamad Ubaidah Tengah dan Ketua Pemuda Pas Kuala Terengganu, Asyraf Ali di rumahnya di Jalan Kamaruddin, semalam.

Sementara itu, Ahmad Amzad berkata,  sebagai Ahli Parlimen, beliau sentiasa prihatin terhadap pesakit-pesakit kronik terutamanya dari yang berlatar belakang keluarga kurang berkemampuan.

"Pihak kami sendiri akan sentiasa berhubung dengan seluruh Dewan Undangan Negeri dan MPKK bagi mengenal pasti permasalahan yang berlaku dalam kawasan Kuala Terengganu.

"Bentuk bantuan biasanya akan diberi secara langsung ataupun membuat permohonan terlebih dahulu, bergantung kepada keadaan penerima,"katanya.


Tag: