• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

RTB : PDT Kemaman Antara Yang Terbaik

KEMAMAN, 12 Januari - Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman merupakan antara yang terbaik dalam menyelesaikan masalah tanah rakyat di Terengganu.

Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid berkata, dengan kecekapan pengurusan jabatn tersebut secara tidak langsung menjadikan Kemaman muncul sebagai daerah yang paling banyak menyelesaikan masalah permohonan tanah rakyat ini.

"Saya ucapkan tahniah kepada pentadbir tanah daerah Kemaman, pegawai serta kakitangannya kerana berusaha sedaya mungkin dalam menyelesaikan lambakkan permohonan tanah ini.

"Walaupun dengan tenaga kerja yang sedia ada tanpa menambahkan jumlah pegawai dan kakitangan, namun mereka masih mampu mengurus dan menyelesaikan masalah ini dengan baiknya," ujar beliau dalam  ucapan perasmian Majlis Undi Lot Racangan Tanah Berkelompok (RTB) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, semalam.

Majlis tersebut diadakan di Kompleks Paya Lasir, Bandar Baru Kijal yang melibatkan RTB Kampung Payoh dan Kampung Pondok Pasir dengan seramai 133 orang peserta kesemuanya.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pegawai Penyelaras DUN Kijal, Ustaz Hazri Jusoh, Ketua Penolong Pentadbir Tanah Kemaman, Wan Saifullizam Wan Jusoh beserta pegawainya dan Ketua Biro Tanah DUN Kijal iaitu Zabidin Awang.