• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Saling Bermuafakat Lawan Covid-19

KUALA TERENGGANU, 30 Mei- Amalan hidup saling bermuafakat mesti terus dipupuk di segenap lapisan masyarakat Keluarga Malaysia bagi melawan pandemik Covid-19.

Pegawai Penyelidik Pejabat Menteri Besar Terengganu, Ahmad Kamal Ali berkata konsep Keluarga Malaysia yang di bersama-sama mengetepikan perbezaan dan fahaman. 

"Serta bersatu hati  sebagai sebuah keluarga agar kestabilan dan keharmonian negara ini dapat dipertahankan," katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Dato Tengku Hassan Tengku Omar merasmikan Majlis 'Info On Wheels' di Gong Kapas di sini baru-baru ini.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai Khas kepada ADUN Ladang, Zaim Azfar Muhammad dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Keselamatan Kampung(JPKK) Gong KAPAS, Iswara Zulbahri Mahmud.

'Info On Wheels' adalah program hebahan bergerak yang dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan Negeri Terengganu.

Menurut Ahmad Kamal, walaupun negara telah memasuki  fasa peralihan Endemik Covid-19 bermula 1 April baru-baru ini dan  tertakluk kepada pengumuman Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO) untuk fasa itu sepenuhnya. 

"Kita juga hendaklah menjaga diri kita dan keluarga kita walaupun kita merasakan segalanya agak bebas tetapi  serangan kali ini tak mustahil boleh berlaku bila-bila masa sahaja lagi," jelasnya lagi.


Tag: