• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Sambutan Aidilfitri KWDI Meriah

KUALA TERENGGANU, 10 Mei- Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kelab Wisma Darul Iman (KWDI) berlangsung penuh meriah di Dewan Besar, Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Majlis diserikan dengan kehadiran warga kerja Wisma Darul Iman itu turut dihadiri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri To' Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abd Rahman.

Turut sama memeriahkan majlis barisan kepimpinan kerajaan negeri, ketua-ketua jabatan serta para jemputan.

Pada majlis itu, Ahmad Samsuri menyampaikan sumbangan raya kepada pelajar asnaf dan anak-anak yatim dari lima buah sekolah sekitar Kuala Terengganu.

Malah, beliau turut meluangkan masa mengunjungi gerai-gerai yang menghidangkan pelbagai juadah raya yang dikendalikan oleh kelab yang bernaung dibawah KWDI.

Pelbagai sajian dihidangkan antaranya aneka nasi, minuman, cendol, laksa, ketupat, lemang, rendang, mee jawa, kuih muih serta buah-buahan tempatan,