lightning-solid
Berita :
Sasar RM4 Bilion Pelaburan 2,800 Peluang Pekerjaan
Sasar RM4 Bilion Pelaburan 2,800 Peluang Pekerjaan
Adli Mohamad
16 Mar 22
564

KUALA TERENGGANU,15 Mac - Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) menyasarkan pelaburan komited sebanyak RM4 bilion yang bakal mewujudkan lebih 2,800 peluang pekerjaan baharu di Terengganu tahun ini.

Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri amat memuji usaha yang dilakukan ECERDC dalam memacu pelaburan kukuh.

"Dengan strategi ekonomi yang tepat dan pembangunan infrastruktur pengupaya, Terengganu sememangnya sebuah destinasi pelaburan yang menarik," ujarnya melalui kenyataannya di Facebook rasminya, semalam.

Menurut Ahmad Samsuri, ECERDC juga turut menyasarkan pelaburan RM2 bilion yang akan direalisasikan pada tahun ini.

 

 


Tag :

Artikel Berkaitan