• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Sasaran Bonus Membawa Kejayaan

sasaran bonus menjadikan kita berupaya mencapai sasaran pingat di SUKMA. - Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah
KUALA TERENGGANU - 'Sasaran bonus" yang diletakkan untuk beberapa sukan berjaya mengimbangi pencapaian pingat kontinjen Terengganu dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2018.

Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, Negeri Terengganu meletakkan sasaran pada setiap jenis sukan iaitu satu emas, perak dan gangsa.

"23 jenis sukan yang ada dan kita meletakkan sasaran pingat keseluruhan.

"Dan sasaran pingat keseluruhan  53 emas itu adalah sasaran emas yang terbanyak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada 23 September.

Katanya, Negeri Terengganu mendapat sasaran  keseluruhan sebanyak 53 tetapi sukan SUKMA pada kali ini mendapat emas sehingga 56.

Sehubungan dengan itu, beliau bersyukur dan gembira dengan pencapaian para atlet negeri Terengganu telah berjaya menjadi johan keseluruhan.

Tambahnya, yang lebih mengembirakan apabila salah seorang daripada atlet wanita SUKMA iaitu Azrin Nabila Alias telah dinobatkan sebagai wanita terbaik.

"Kita berjaya kali terakhir menang dalam SUKMA adalah pada tahun 2012.

"Tiga kali SUKMA selepas itu kita gagal menjadi juara dan sehingga 2018 menjadi juara untuk kali ke - 5," jelasnya

Tag: