• 17 Mei 2024 | 9 Zulkaedah 1445

Selamat Hari Raya Aidilfitri - Dato' SUK

Dato' A Rahman Yahya.


KUALA TERENGGANU, 29 Mei - Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato' A. Rahman Yahya mengucapkan salam Aidilfitri kepada semua kakitangan kerajaan negeri.

"Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin, semoga hari raya ini akan disambut dengan penuh meriah bersama keluarga yang dicintai.

"Kita akan berjumpa di perjumpaan hari raya peringkat negeri (tarikh dan masa akan diumumkan kemudian), masing-masing akan balik ke kampung masing-masing sama ada dalam negeri Terengganu atau di luar Terengganu.

"Saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat balik ke kampung masing-masing, pandulah kenderaan dengan cermat, sentiasa berhati-hati dan ikutlah panduan yang telah ditetapkan," jelasnya.

Ucapan itu disampaikan beliau di Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman (WDI) Bagi Bulan Mei 2019 di Dewan Besar WDI, di sini, hari ini.

Turut hadir di majlis tersebut, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Zahari Md Azahar, Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Haji Zainal Abidin Hussin, Pengarah Pembangunan Negeri, Dato' Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Haji Zainal Abidin Mohd dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil.

 A. Rahman berkata, bagi mereka yang akan pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing dimaklumkan bahawa had laju kenderaan bagi semua jalan di musim perayaan ialah 50 kilometer (km) sejam sahaja.

"Had laju bagi musim perayaan telah dikurang dari pada 60km kepada 50km sejam. Jadi berhati-hati di jalan raya kerana denda dikenakan sebanyak RM300 setiap kesalahan yang dilakukan tanpa sebarang rayuan lagi," kata beliau lagi.

Tambahnya, lebih baik wang itu dibelanjakan untuk persediaan hari raya dan berbuka puasa dari terpaksa digunakan untuk membayar denda kerana kesalahan tersebut kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).



Tag: