• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Sembilan Pusat Asuhan Terima Sumbangan Komputer Riba

BESUT, 28 Disember - Sebanyak sembilan buah pusat asuhan disini menerima sumbangan komputer riba dari Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh.

Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad berkata sumbangan ini merupakan inisiatif pehaknya bagi memberi kemudahan kepada pentadbiran pusat asuhan.

“Pemberiaan ini harus dimanfaatkan sepenuhnya bagi melancarkan proses pembelajaran dan pengurusan pusat asuhan.

"Komputer riba merupakan satu keperluan seiring dengan arus kemodenan ketika ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sumbangan Komputer Riba di Kampung Padang Luas, Jerteh.

Katanya, sumbangan komputer riba itersebut diharap dapat menyuntik semangat para petugas untuk terus menabur bakti dan tenaga bagi menjaga anak-anak asuhan.


Tag: