![]() |
| Petugas kebersihan MBKT masih bekerja sampai 6 pagi, 1 Syawal ini. |
Pada pagi 1 Syawal ini, mereka keletihan membanting tulang di saat kaum keluarga menikmati syahdunya pagi raya.
Mereka bersengkang mata demi tugas pada malam raya, menyelusuri lorong-lorong kampung, taman-taman perumahan dan kawasan tumpuan pengunjung khususnya di Taman Shah Bandar untuk memastikan semua sampah sarap bertimbun diangkut keluar oleh lori pengangkut sampah MBKT.
![]() |
| Petugas tidak didendang ini terpaksa bersekang mata ketika penghuni Bandaraya Kuala Terengganu diulit mimpi. |
Sampah berselerak mencemar pandangan, mengotorkan bandaraya Kuala Terengganu.
Janji peniaga untuk menjaga sendiri kebersihan tidak ditepati.
Seramai kira-kira 220 petugas kebersihan termasuk kira-kira 80 orang petugas tetap MBKT dan selebihnya petugas kontrak, bertungkus-lumus menyapu dan membersih kawasan sehingga pagi ini.
Itulah nasib mereka, petugas tidak didendang, akibat keingkaran peniaga dan orang ramai tidak bertanggungjawab menjaga kebersihan bandaraya mereka.

