• 29 Apr 2024 | 20 Syawal 1445

Setiu FA Sasar Juara TFL

SETIU, 25 Oktober - Pasukan Bola Sepak Setiu FA membuat sasaran untuk menjuarai kejohanan Terengganu Football League (TFL).

Pegawai Daerah Setiu, Rizal Mamat berkata beliau mengharapkan keputusan yang cemerlang bakal dibuat oleh Setiu FA.

"Kita perlu menyasarkan untuk menjulang piala pada edisi kali ini selepas hanya meraih tempat kedua pada edisi lalu.

"Kita akan bermain empat kali di tempat sendiri dan tiga kali di tempat lawan, warga Setiu perlu mengambil kesempatan ini untuk menyokong penuh pasukan Setiu FA," katanya lagi.

Beliau berkata sedemikian dalam Majlis Makan Malam Meraikan Pemain-Pemain Bola Sepak dan Pengenalan Jersi Baharu Terengganu Football League 2023 Daerah Setiu di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Setiu semalam.

Turut hadir, ADUN Permaisuri, Yusof Majid.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Azmi Maarof turut menaruh harapan Setiu FA akan mencipta kejayaan dan membanggakan Setiu dalam edisi kali ini.

"Terima kasih kepada semua pihak pengurusan yang bertungkus lumus membentuk pasukan setiu bagi memberikan cabaran kepada pasukan lain," jelasnya.
 


Tag: