• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

Sidang DUN : 285 Jawatan Imam Dan Bilal Diisi


KUALA TERENGGANU,  2 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) dimaklumkan bahawa jawatan imam dan bilal seluruh negeri Terengganu yang diisi di masjid kerajaan berjumlah seramai 285 orang. 

Menteri Besar, Dr.  Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, dari jumlah itu, seramai 159 imam telah berkhidmat di masjid berkenaan diikuti dengan bilal seramai 126 orang. 

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Sura, Wan Hapandi Wan Nik dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-14, di sini hari ini. 

Wan Hapandi dalam soalannya ingin tahu jumlah bilangan imam dan bilal yang telah diisi mengikut daerah. 

Menurut Dr Ahmad Samsuri, daerah Kuala Terengganu mempunyai jumlah kakitangan masjid yang tertinggi berbanding tujuh daerah lain iaitu seramai 65 orang. 

Ini termasuk 36 orang imam dan bilal seramai 29 orang. 

Sementara itu katanya,  daerah Kemaman mempunyai jumlah imam dan bilal kedua tertinggi berbanding daerah lain iaitu 45 orang termasuk imam (25) dan bilal (20). 

Ini diikuti oleh daerah Besut berjumlah seramai 40 orang termasuk imam (22) dan bilal (18). 

Katanya, daerah Dungun berjumlah 39 orang termasuk  imam (24) dan bilal (15). 

Daerah Kuala Nerus berjumlah 31 orang termasuk bilal (16) dan imam (15). 

Manakala daerah Marang berjumlah 28 orang termasuk imam (15) dan bilal (13). 

Sementara daerah Hulu Terengganu berjumlah 26 orang termasuk imam (16) dan bilal (10). 

Daerah Setiu pula berjumlah 11 orang termasuk enam orang imam dan lima orang bilal.

Tag: