• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Singgah Sahur Jerteh Ceriakan Persekitaran Hospital


Oleh : Muhd Afiq Zohir

BESUT, 18 Mei - Program singgah sahur Jerteh menceriakan suasana persekitaran hospital daerah itu apabila kakitangan awam yang bertugas dan orang  ramai teruja menerima juadah untuk bersahur.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad mengagihkan juadah sahur itu di perkarangan Hospital Jerteh.

“Agihan juadah ini bertujuan untuk memberi kemudahan terutama kepada orang awam memandangkan pada awal pagi kebanyakan premis-premis perniagaan telah ditutup.

"ni bertujuan juga bagi menggalakkan orang awam untuk bersahur bagi mengikuti sunnah nabi kita,"katanya.


Juadah sahur diagih bermula pada jam 1.30 pagi di hospital daerah itu sebagai tempat tumpuan orang ramai.

Wan Azhar berkata, program itu dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama Islam dan dapat menghidupkan  suasana yang sejahtera.

“Agihan sebegini akan diadakan setiap tahun di bulan  Ramadan bagi memberi kemudahan terutama kepada petugas-petugas yang bekerja pada waktu malam,"katanya.


Tag: