SRIDI Pengkalan Berangan Model Bangunan Termoden
MARANG, 17 Februari - Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Pengkalan Berangan di sini adalah model bangunan termoden dalam Negeri Terengganu.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan Dan Pengajian Tinggi Negeri Terengganu Maliaman Kassim berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menjadikan bangunan tersebut sebagai lokasi kekal SRIDI.
"Bangunan yang dijadikan SRIDI ini adalah model bangunan termoden dalam negeri Terengganu. Di pihak kerajaan negeri kita merancang untuk menjadikan bangunan ini kekal sebagai SRIDI," ujarnya kepada pemberita.
Maliaman berkata, bangunan terbabit mampu menampung 300 orang pelajar untuk tahun satu hingga enam.
"Blok baru yang terdiri daripada enam buah kelas juga hampir siap dibina.
"Alhamdulillah, blok bangunan yang baru ini mampu menampung 150 orang pelajar, maka sasaran kita untuk menjadikan 12 kelas kesemuanya akan menjadi kenyataan," katanya.
Tambah beliau, setiap darjah mempunyai dua kelas dan terdiri daripada 25 orang pelajar disamping fasiliti yang ada juga pada tahap memuaskan.