• 04 Mei 2024 | 25 Syawal 1445

SUKMA 2018 : Baki Tiga Hari Lagi, Terengganu Yakin Jadi Juara

Yakin! Terengganu akan jadi juara SUKMA 2018 dan Insentif istimewa menanti para atlet - Ustaz Wan Sukairi.  Foto - Abu Ubaidah

KUALA TERENGGANU - Dalam tempoh tiga hari SUKMA berbaki Kerajaan Terengganu Yakin akan dapat menjuarai temasya kali ke  yang sedang berlangsung di  negeri Perak Darul Ridhuan.

Justeru itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO Negeri Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, insentif luar biasa akan diberikan oleh jika kontinjen Terengganu sekiranya menjuarai Sukan Malaysia (SUKMA) 2018, yang akan melabuhkan tirainya Sabtu ini.

Katanya, insentif tersebut akan diumumkan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, pada majlis penutup SUKMA yang sedang berlangsung di Ipoh, Perak.

"Kerajaan negeri masih merahsiakan bentuk insentif luar biasa yang ditawarkan kepada kontinjen Terengganu, jika muncul juara keseluruhan sukan edisi ke-19.

"Sehingga tengahari tadi, kontinjen Terengganu masih menerajui takhta pungutan pingat Sukma 2018, apabila berjaya mengumpul 27 emas, 26 (perak) dan 25 gangsa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media dipejabatnya Wisma Darul Iman pada semalam, Selasa, 18 September.

Beliau memaklumkan atlet yang berjaya mendapat pingat emas memperolehi insentif wang tunai segera sebanyak RM3,000, RM2,000 (perak) dan gangsa berjumlah RM1,000.

"Kerajaan juga turut menyediakan insentif tambahan iaitu pakej menunaikan umrah kepada atlet Islam yang dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati Sukma 2018, manakala atlet bukan beragama Islam akan diberikan wang tunai sebanyak RM5,000," katanya.

Mengenai kekalahan pasukan bola sepak Sukma Terengganu gagal ke perlawanan akhir untuk merebut pingat emas selepas tewas kepada Kedah, pada perlawanan separuh akhir malam tadi, Wan Sukairi berkata, kerajaan negeri terkilan dengan keputusan pengadil perlawanan yang memberi sepakan penaliti kepada skuad Lang Merah, pada minit ke-112, selepas dua pasukan itu terikat seri 1-1.

"Kerajaan negeri kagum dengan pemain yang beraksi bersungguh-sungguh untuk mara ke perlawanan akhir, tetapi perlu akur dengan keputusan pengadil yang memberi tendangan penalti kepada Kedah," katanya.




Tag: