• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

Sultan Mizan Berangkat Terawih Di Masjid Abidin

Sultan Mizan Zainal Abidin (tengah) mencemar duli berangkat ke Masjid Abidin malam ini.
KUALA TERENGGANU, 3 Jun - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah mencemar duli berangkat menghadiri Majlis Khatam Al-Quran Dan Solat Sunat Terawih di Masjid Abidin, di sini malam ini.

Baginda diiringi oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali.

Turut mengiringi baginda, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A Rahman Yahya dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Sultan Mizan Zainal Abidin (tengah) turut mencemar duli bersalaman dengan rakyat jelata baginda di Masjid Abidin.
Majlis itu dimulakan dengan solat Isyak berjemaah diimamkan oleh Sheikh Mohamed Abdel Hamed Abou El-Fadl Kolib.

Imam itu kemudiannya memimpin solat tarawih dengan membaca Surah Lazim bermula dari Surah Ad-Dhuha berakhir dengan Surah An-Nas sepanjang lapan rakaat solat tersebut dilaksanakan.

Di akhir solat witir, imam membaca doa  khatam al-Quran bagi menyempurnakan majlis tersebut.

Sultan Mizan berangkat pulang diiringi kepimpinan negeri sejurus selepas itu.

Kira-kira 1,000 orang jemaah masjid turut hadir menyertai majlis tersebut.

Tag: