• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Sultan Terengganu Hadiri Majlis Santapan Malam

KUALA TERENGGANU, 10 Jun- Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli menghadiri Majlsi Santapan Malam bersama Pegawai-pegawai Tadbir Negeri dan Pegawai-pegawai Tadbir Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu sempena Sambutan Ulang Tahun ke-62 Hari Keputeraan Baginda, hari ini.

Keberangkatan tiba Baginda diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah ke Wisma Darul Iman disambut Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Nor Hamzah dan Setiausaha Kerajaan Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja pada jam 9.15 malam.

Memulakan acara, ucapan alu-aluan dipersembahkan oleh Pengerusi Pegawai Tadibir Negeri Terengganu, Dato' Mohd Azmi Mohamad Daham.

Sultan Mizan seterusnya berkenan mencemar duli memotong pulut kuning sebagai simbolik keraian Sambutan Ulang Tahun ke-62 Baginda.

Majlis Santapan Malam turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada Zarul Umbrella dan penyanyi meningkat naik, Apex Tajudin.

 


Tag: