• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Sultanah Nur Zahirah Berkenan Rasmi 'The Payang Hotel'

KUALA TERENGGANU, 21 November - Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat merasmikan pembukaan 'The Payang Hotel', di Kampung Cina, hari ini

Turut berangkat, Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin dan Tengku Puteri Daulath Raja, Tengku Fatimatuz Zahra.

Keberangkatan tiba Baginda turut diiringi Timbalan Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu, Ab. Rasid Jusoh dan Pegawai Kewangan negeri, Dato' Nara Setia.

Sementara itu, Pengarah The Payang Hotel, Azizatul Asma Tan Sri' Dato Abdullah berkata, sempena dengan pembukaan hotel tersebut, pihaknya menawarkan harga bilik yang cukup istimewa antara RM130 hingga RM250.

"The Payang Hotel menawarkan 44 bilik merangkumi penginapan perseorangan hingga keluarga dan promosi ini hanya dalam tempoh tertentu sahaja,"ujarnya.

Berkongsi tentang keunikan dan keistimewaan 'The Payang Hotel', Azizatul berkata orang ramai akan merasai pengalaman yang unik sebaik sahaja melangkah masuk hotel tersebut.

"Berkonsepkan 'chinese colonial' ditambah pula dengan seni bina Terengganu, dua elemen ini dapat dilihat di setiap penjuru hotel, membuatkan tetamu seolah-olah masuk ke dalam ruangan privasi yang penuh dengan keunikan budaya dan seni bina halus pada setiap sudut.

"Peralatan yang digunakan juga mempunyai harga premium hingga 'luxury'. Kami menjanjikan sebuah eksplorasi budaya dari sudut penginapan hinggalah kepada makanan yang disajikan," katanya.