• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Sultanah Terengganu Sampaikan Sumbangan Raya Kepada Asnaf


KUALA TEREGGANU, 20 Mei -  Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan mengurniakan sumbangan Aidilfitri Yayasan Tuanku Nur Zahirah (YTNZ) 2019 kepada 300 asnaf serta penenun songket, hari ini.

Baginda yang turut diiringi anakanda Nur Nadhirah Zahrah Sultan Mizan Zainal Abidin dan isteri Menteri Besar, Tuan Faizah Tuan Abul Rahman menyempurnakan majlis berkenaan di Istana Syarqiyyah, Chendering.
Pengerusi YTNZ , Datuk Ridzuan Radziwill berkata, tradisi menyampaikan sumbangan termasuk wang tunai itu bertujuan meringankan beban dan menambahkan keriangan menyambut Aidilfitri khususnya kepada golongan yang kurang bernasib baik.
Katanya, YTNZ turut menyumbang 300 pasang baju baharu untuk diagihkan kepada beberapa buah rumah anak yatim di negeri ini.


Sementara itu, Ridzuan mengakui sukar untuk mencari pelapis penenun songket kerana anak muda kini tidak berminat untuk menjadi penenun.

“Kalau kita tengok sekarang ini kebanyakan penenun kita sudah warga emas. Generasi muda tak nak pegang songket, lebih suka bermain dengan telefon.

“Yayasan sekarang patut mencari pelapis, ataupun kita mungkin buat program untuk sekolah-sekolah di Terengganu yang mana antara kokurikulumnya adalah kraftangan supaya budak-budak sekolah ini mengenali, tahu asal usul serta timbul minat dan kecintaan terhadap kraf.

“Ianya termasuk mewujudkan salah satu kokurikulum pembelajaran di sekolah berkaitan mengenali tenun warisan budaya kita sendiri,” ujarnya.


Tag: