• 18 Mei 2024 | 10 Zulkaedah 1445

T-Team Kutip 3 Mata Menentang Felda United



 
The Titans mempamerkan aksi garang di laman sendiri apabila berjaya mengutip tiga mata penuh dengan kemenangan 3-2 dalam aksi Liga Super menentang Felda United di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.

Pengendali pasukan tersebut, Rachmad Darmawan berharap kemenangan yang diperolehi malam tadi dijadikan sebagai motivasi kepada para pemain bagi perlawanan akan datang serta tidak leka.

"Saya berpuas hati dengan persembahan dan kerja keras yang ditunjukkan para pemain. Kita juga banyak peluang untuk menghasikan gol pada malam ini (semalam).

"Bukan sahaja kemengan yang kita perolehi namun kita juga berjaya menghasilkan gol yang banyak. Jadi kita harap pemain dapat terus mengekalkan kecemerlangan ini bagi menghadapi Felda dalam saingan Piala Malaysia 17 September ini," katanya.


Serangan bertalu-talu dari pasukan tuan rumah sejak awal permaianan membuahkan hasil apabila berjaya membuka jaringan pada minit ke-28 hasil rembatan pemain kelahiran Uzbekistan, Dilshod Sharofetdinov dari luar kotak penalti.

Lima minit selepas bermulanya babak kedua, Felda United yang ketinggalan berjaya menyamakan kedudukan menerusi Mohd Hadin Azman.

Pada minit ke-67, hantaran Patrick Dos Santos tidak disiakan oleh Makan Konate untuk menambahkan jaringan menjadikan T-Team kembali berada di hadapan.

Empat minit berselang, Felda United sekali lagi menyamakan kedudukan hasil jaringan dari Abdul Shukor Jusoh menjadikan kedudukan 2-2.


Namun demikian, pada minit ke-74, T-Team kembali di hadapan hasil daripada tendangan penalti oleh Dilshod Sharofetdino. Penalti tersebut dihadiahkan oleh pengadil apabila penjaga gawang pasukan pelawat, Mohd Farizal Harun melakukan kekasaran kepada Makan Konate.

Dengan kemenangan malam tadi, T-Team kini mengutip 26 mata menjadikan pasukan tersebut berada di tangga ke lima.

Terengganu pula berada di tangga ke-11 dengan hanya mengutip 19 mata berkongsi dengan Pulau Pinang.

Tag: