• 19 Mei 2024 | 11 Zulkaedah 1445

Tahniah! THT Terbaik - Ahmad Razif




Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berbangga dengan pencapaian luar biasa yang ditunjukkan oleh Pasukan Hoki Terengganu (THT).

Dalam kenyataan menerusi akaun facebook beliau, Ahmad Razif yang masih di Mekah kerana menunaikan ibadat haji, mengucapkan tahniah kepada pasukan negeri itu kerana berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Hoki Malaysia (MHL) buat tahun ketiga berturut-turut.

“Kejayaan THT mengalahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 3-1 di Stadium Batu Buruk (semalam) membuktikan mereka adalah pasukan terbaik yang ada di Malaysia.

“Selepas bergelar juara pada tahun 2014, THT tidak lagi menoleh ke belakang dengan terus mengekalkan kejuaraan pada tahun 2015 dan seterusnya pada tahun ini,” katanya.

Tambahnya, untuk mempertahankan kejuaraan adalah lebih sukar daripada mendapatkannya.

“Sejak di bawah jurulatih, Sarjit Singh pasukan THT terus menunjukkan peningkatan dan diharapkan beliau akan terus bersama pasukan ini.

“Saya berharap THT akan terus berusaha untuk mengekalkan rentak kejuaraan ini pada tahun-tahun mendatang,” katanya. 



Tag: