• 14 Okt 2024 | 11 Rabiul Akhir 1446

Taufan Al-Aqsa : Manifestasi Perjuangan Rakyat Palestin

KUALA LUMPUR, 10 Oktober - Intifada 'Taufan Al-Aqsa' adalah manifestasi kekentalan semangat juang rakyat Palestin untuk mengambil semula tanah air mereka. 

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata biarpun berhadapan seribu satu cabaran seperti sekatan ekonomi, kekurangan sumber dan kempen pembunuhan terancang ke atas pimpinan mereka, perjuangan Palestin tetap tidak mati malah semakin subur sehingga kini.

"Selain sebagai balasan terhadap pendudukan haram dan penindasan berterusan oleh rejim Israel ke atas Palestin, serangan yang dinamakan Operasi Taufan Al-Aqsa ini adalah satu tamparan hebat terhadap normalisasi hubungan negara-negara Arab dengan Israel sebagaimana yang di idamkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam ucapannya di PBB beberapa hari lalu," jelasnya. 

Wan Hassan berkata dalam satu kenyataan medianya di sini pada 9 Oktober. 

Menurutnya, 50 tahun selepas Perang Yom Kippur (6 Oktober 1973) untuk mengambil semula tanah Palestin yang dirampas, perjuangan Palestin melakar sejarah baru melalui serangan kilat berskala besar Sabtu baru-baru ini (7 Oktober 2023).

"Buat pertama kali dalam sejarah, pejuang Palestin dari Gaza berjaya menyusup masuk dari pelbagai arah melalui jalan darat, laut, malah udara ke dalam kawasan tanah haram Israel. .

"Sebagai solidariti bersama saudara-saudara kita di Palestin, marilah kita tunaikan solat hajat, lazimi bacaan Qunut Nazilah, 

"Dan bermunajat memohon bantuan ALLAH SWT kepada para pejuang yang sedang berjihad menentang kezaliman di bumi Al-Quds yang kita cintai." katanya lagi.


Tag: